31 December, 2013

Pendaftaran Pelajar Asrama SMKSMAB 2014

Bertempat di asrama sekolah hari ini bersamaan 31 Disember 2013, para pelajar yang dijadualkan akan tinggal di asrama untuk sesi persekolahan 2014 nanti mula mendaftarkan diri. Sesi pendaftaran juga menyaksikan pelajar baru khususnya dari Tingkatan 1 turut dihantar oleh para waris masing-masing.




Sesi pendaftaran dimulakan jam 8.30 pagi di mana semua waris dan anak masing-masing berkumpul di Dewan Makan asrama. Acara dimulakan dengan taklimat oleh Yang Berbahagia Tuan Pengetua SMKSMAB En Shahrir Bin Abu Bakar.




Selepas taklimat daripada Tuan Pengetua, jam 9.30 pagi, satu sesi ceramah keibubapan meneruskan majlis shahdu hari ini - Ramai para pelajar dan ibu bapa yang terkesan dengan isi ceramah sehingga menimbulkan kesan pilu dan terharu. 


Majlis diteruskan dengan sesi jamuan makan dan selanjutnya pelajar mendaftar masuk ke asrama. Pelbagai gelagat dan ragam pelajar khasnya yang baru pertama kali berhadapan dengan suasana yang baru. Semoga para pelajar bersyukur dengan rencamnya kemudahan yang disediakan untuk mereka serta berazam akan belajar bersungguh-sungguh.



29 December, 2013

Sekitar Mesyuarat Kurikulum 1 sesi 2014

Cuti Akhir tahun hampir tamat, sekolah kembali sibuk dengn pelbagai aktiviti, Pada 29 Disember 2013 telah dijalankan Mesyuarat Kurikulum kali pertama untuk semua ketua panitia mata pelajaran. Mesyurat ini telah dipengerusikan oleh Penolong Kanan SMKSMAB iaitu Puan Pauziah Bt Ahmad.





Mesyuarat berlangsung dari jm 8.30 hingga 1.00 tenghari, Pelbagai aspek mengenai hala tuju sekolah untuk sesi persekolahan 2014 telah dibincangkan.
Semoga semua yang dirancangkan berjalan dengan lancar. Selamat bertugas semua guru.


24 December, 2013

Mesyuarat Guru Pertama sesi persekolahan 2014

24 Disember 2013 - Berlangsung mesyuarat guru kali pertama bagi sesi 2014-
Semua guru menghadiri mesyuarat ini yang membincangkan pelbagai urusan persekolahan bagi sesi 2014


Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh yang dihormati Ustaz Khairul Bazli

Tuan Pengetua En Shahrir Bin Abu Bakar yang mempengerusikan mesyuarat dan Puan Jaliah Binti Juewani  selaku Penolong Kanan HEM

Pembaharuan untuk semua pelajar- mulai 2014 semua pelajar yang perlu keluar kelas atas sebarang urusan yang tidak dapat dielakkan perlu mendapat slip kebenaran dari guru mata pelajaran masing masing

Cover Dokumentasi yang selaras bagi semua aktiviti sekolah untuk tahun 2014

Mesyuarat ini berjaya dijalankan selama hampir 4 jam tanpa sebarang rungutan- syabas semua guru! Semoga semangat jitu dan kerjasama yang ditunjukkan ini mampu diterjemahkan melalui tindakan yang proaktif selaras dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan- In sya Allah




23 December, 2013

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 2.3 dan 5 bagi sesi 2014

Hari ini 23 Disember 2013, pelajar yang akan meneruskan pembelajaran pada sesi 2014 bagi Tingkatan 2.3 dan 5 dikehendaki datang ke sekolah bersama para waris masing-masing untuk tujuan pendaftaran. Selain itu para waris boleh melihat bilik darjah serta beramah mesra dengan guru kelas anak masing-masing Koperasi sekolah juga turut menjual peralatan sesi persekolahan bagi tahun depan

Program ini dimulai dengan pendaftaran pelajar mengikut tingkatan yang telah ditentukan

Para waris diberi taklimat dan penerangan mengenai sesi persekolahan anak masing-masing pada tahun 2014


Selepas sesi pendaftaran para waris bersama anak masing-masing berkumpul di Dewan Iltizam bagi untuk taklimat dari tuan pengetua

Tuan Pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary Encik Shahrir Bin Abu Bakar memberi taklimat ringkas  bagi memudahkan para waris bersedia dalam memastikan segala urusan persekolahan anak-anak mereka berjalan lancar menjelang sesi  persekolahan tahun hadapan





11 November, 2013

BUKHARY TALENT

11/11/2013 merupakan satu tarikh yang membanggakan bagi Unit Kokurikulum. Pada hari ini, buat kali pertamanya, Unit Kokurikulum telah mengadakan Bukhary Talent. Tujuan program ini secara rasionalnya adalah untuk mencungkil bakat baru dikalangan pelajar SMKSMAB. Sebanyak 8 penyertaan yang didaftarkan, antaranya 5 nyanyian solo, 2 berkumpulan dan seorang mendeklamasikan sajak.


Muhammad Thaqif dengan Lagu Aku Dulu Bukan yang Sekarang


Kumpulan Begpipe

Kumpulan Kugiran Rock OO


Anis Sofia dengan tajuk lagu Relaku

Para juri membuat keputusan akhir

Tuan Pengetua bersama dengan PK Pentadbiran dan wakil PIBG turut hadir menyaksikan persembahan oleh pemenang-pemenang Bukahry Talent
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Pengetua En Shahrir B Abu Bakar. Bukhary Talent ini akan menjadi satu program wajib di SMKSMAB setiap tahun.

Pertandingan Memasak Bubur Asyura

Sempena sambutan Maal Hijrah dan meraikan bulan Muharam 1435 Hijrah, dengan bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah".Pihak Panitia Pendidikan Islam SMKSMAB telah menganjurkan Pertandingan Memasak Bubur Asyura. Pertandingan ini diadakan mengikut kategori unit berunifom. Kerjasama antara pelajar dan guru-guru bagi menghasilkan rasa bubur yang paling sedap telah berjaya menjalinkan suasana kekeluargaan yang amat harmoni. Jom kita saksikan...

Unit  Uniform Puteri Islam dan KPA 3( kumpulan yang ke 3) sedang bertungkus lumus mengacau bubur a'syura . Kumpulan ini mendapat hadiah saguhati.


Wah!!! bersemangat sungguh kumpulan ke 5 daripada unit uniform PBSM, Bomba dan PKBM ini. Kumpulan ini berjaya mendapat tempat kedua.


Ini pula daripada  kumpulan 1 yang terdiri daripada Unit Uniform Kadet Remaja Sekolah & Tambor . Seronoknya lihat semangat kerjasama antara guru dan pelajar yang dapat membuahkan ukhwah antara mereka.

Meriah sungguh suasana ini..tercapailah matlamat pertandingan ini untuk mengeratkan silaturrahim dan memupuk semangat bekerjasama serta muafakat antara warga SMKSMAB.

Pelajar-pelajar ini sedang sibuk menyediakan daun pisang untuk melapik bubur a'syura. Semuanya memainkan peranan masing-masing.
 
AJK PIBG dan Cikgu Rohana GK Bahasa, juga memberi sokongan dalam acara pertandingan memasak bubur a'syura. Ini adalah daripada kumpulan 2 yang terdiri daripada Unit Uniform Polis & Pandu Puteri. Kumpulan ini berjaya mendapat tempat ke 3.



 Tuan Pengetua En. Shahrir Bin Abu Bakar dan salah seorang AJK PIBG juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta menjayakan pertandingan ini.
Tergambar cerianya diwajah guru-guru kumpulan 5, memberi kerjasama yang padu untuk menjayakan pertandingan mengacau bubur a'syura. 

 
Kumpulan 4 yang terdiri daripada pengakap & pengakap laut telah berjaya mendapat tempat pertama di dalam pertandingan ini. Tahniah!!!

"Muafakat membawa berkat"

Bersemangat guru-guru Unit Uniform  Puteri Islam untuk mendapat masakan bubur a'syura yang paling sedap.

Guru memberi arahan untuk memasukkan bahan-bahan ke dalam bubur a'syura.


Guru-guru daripada kumpulan 1 ceria menyediakan bahan-bahan untuk bubur a'syura ini.

Pelajar-pelajar juga sibok menyediakan bahan untuk kumpulan mereka.


Bersemangat PK HEM, Pn. Jaliah mengacau bubur a'syura .

Salah seorang daripada AJK PIBG memilih daun pandan yang digunakan untuk mengharumkan bau bubur a'syura..

Masing-masing ada peranan tersendiri, dari pihak pengurusan tertinggi sehinggalah pelajar dan pekerja, ada yang kupas ubi, bersihkan daun pisang dan pandan, mengacau bubur dan mengisi bubur dalam bekas untuk diagihkan kepada semua warga sekolah. Wakil dari pihak ibu bapa pun turut sama memeriahkan suasana kekeluargaan ini. 
Syabas Warga Bukhary. Tahniah. 

Related Posts with Thumbnails