28 Mei 2011: Pasukan Tambor Al~Bukhary, satu-satunya pasukan tambor KRS di Malaysia kini semakin mantap. Berbekalkan kegigihan pelajar senior serta kesungguhan pelajar junior dan sokongan padu pengetua serta guru-guru penasihat, pasukan tambor kini maju setapak lagi. Hari ini, hasrat warga Al~Bukhary untuk melihat persembahan tambor yang lebih lengkap bakal terlaksana apabila majoriti ahlinya hadir berbengkel seharian di bawah bimbingan abang-abang senior bekas pelajar (alumni) dari Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Mereka telah dibahagi kepada tiga kumpulan iaitu percussion yang dibimbing oleh Sir Zulfadzli, colour guards dilatih oleh Sir Bancakorn dan Sir Azman, manakala brass dididik dari asas oleh Sir Iezad. Hari ini sahaja pasukan colour guards telah mempelajari tujuh gaya putaran (skill) manakala pasukan brass (trumpet dan trombon) mempelajari lima note. Atas permintaan madam, pasukan ini telah diperkenalkan kepada arahan-arahan asas dan basic disciplines. Ini bagi memastikan pasukan ini lebih kemas dan teratur sesuai dengan prinsip asas marching band dan tambor KRS.
Menurut ketua jurulatih, Sir Bancakorn, pasukan ini mempunyai potensi untuk lebih berjaya. Beliau mencadangkan agar setiap kumpulan mengikuti kaedah latihan di KSAH iaitu melantik section leader. Pasukan colour guards juga dipelawa untuk berlatih bersama-sama marching band KSAH. Pucuk dicita ulam mendatang. Sesungguhnya, kehadiran alumni KSAH amat besar ertinya dalam masa Al~Bukhary berlatih tanpa instructor. Tahniah dan terima kasih kepada para guru yang sanggup mengorbankan masa menemani dan mengawasi pelajar secara bergilir sepanjang hari.
Dek kerana semangat yang berkobar-kobar oleh semua pihak, madam telah bersetuju untuk menjalankan bengkel kedua pada 11 Jun akan datang. Wang boleh dicari, tetapi peluang seperti ini sukar diperolehi dan terlalu berharga untuk dilepaskan.
TERUSKAN TAMBOR AL~BUKHARY!
28 May, 2011
PASUKAN TAMBOR AL~BUKHARY SEMAKIN MANTAP
23 May, 2011
TEKS PERUTUSAN MADAM SEMPENA HARI GURU 2011 - "SOAL HATI"
Assalamuaikum wm.wb and a very special morning,
Ladies and gentlemen, boys and girls;
It is indeed another special occasion for all of us. Not only we, the teachers are here today to celebrate TEACHERS’ DAY but most of all, YOU, our beloved boys and girls; for without you we are nobody. The school will be a very idle place and we teachers will not exist. As for today, 16th May 2011, I must admit that I have been looking forward for it despite of my dragging cough and flue. It is really SPECIAL and I hope we will have a good time together.
Pada pagi yang barakah ini, terlebih dahulu madam ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua para guru yang sentiasa berada bersama madam, samada di waktu senggang, maupun di waktu getir. Segala usaha dan jerih payah rakan-rakan guru sekelian dalam memenuhi keperluan perkhidmatan dan pengurusan sekolah serta bilik darjah mau pun melayani pelbagai ragam dan karenah murid amat saya hargai dan sanjungi. Budi baik dan kegigihan para guru sekelian menjadikan saya berasa amat kerdil dan rendah diri. Untuk itu, saya hanya mampu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
Seterusnya madam dengan rasa besar hati ingin mengambil kesempatan menyampaikan ucapan dalam majlis ini bagi membicarakan tentang SOAL HATI. Ada hadith meriwayatkan bahawa seseorang itu dinilai baik atau buruknya melalui niat di hati...jika baik hatinya maka baiklah orangnya, jika busuk hatinya maka buruklah pekertinya dan jika baik niat hatinya, maka baiklah pekerjaannya. Sebagai seorang guru semestinyalah kita sentiasa mempunyai niat hati yang tulus kudus, serta sentiasa rela hati dalam melaksanakan tugas seharian. Memanglah tanggung jawab kita berat, namun janganlah kita berat hati untuk melakukan yang terbaik malah kita mesti sentiasa peka dengan gerak hati serta bersifat suci hati. Anak-anak didik kita memang ada yang keras hati, mau pun benak hati tetapi jika kita baik hati dan bulat hati, insya Allah, mereka juga akan lembut hati. Kita juga mestilah sentiasa senang hati dan suka hati melayani karenah anak-anak didik kita kerana saya percaya walau pun mereka bukan semuanya terang hati namun pasti ramai yang akan tertarik hati malah lembut hati untuk menerima pengajaran yang diberi dengan sepenuh hati. Saya juga yakin, anak-anak didik kita bukanya buta mata dan buta hati. Bersikap adillah, agar mereka tidak terasa hati, kecil hati mau pun jauh hati, simpan hati apatah lagi terbakar hati.
Kepada para pelajar sekelian, terimalah segala nasihat dan tunjuk ajar guru dengan terbuka hati. Kamu jangan sekali-kali berasa walang hati kerana kamu semua sentiasa dekat di hati kami. Kami mahu kamu semua belajar sepenuh hati dan berkawanlah dengan jujur dan seikhlas hati. Janganlah iri hati jika kawan2 lain lebih berjaya tetapi bulatkan hati untuk turut bersaing . Jangan terlalu emosional kerana ikut hati, mati. Madam dan rakan-rakan guru sudah tentu tidak sampai hati jika ada di kalangan anak-anak sekelian makan hati. Memang berat hati kami melepaskan anak-anak pelajar sekelian meninggalkan sekolah ini dengan kosong hati. Oleh itu, berhati-hatilah setiap masa. Cubalah menjaga hati semua orang terutama para ibu bapa dan guru yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu dari sudut hati masing-masing.
Seterusnya, madam dan rakan-rakan guru akan sentiasa merangka yang terbaik untuk para pelajar mempersiapkan diri terutama menjelang PMR dan SPM yang bakal tiba. Bilik-bilik darjah yang usang sentiasa cuba diperbaiki. Studio Matematik telah sedia untuk digunakan sepenuhnya. Ruang rehat dan tempat belajar sedang cuba diperbanyakkan agar pelajar dapat menelaah dan menyiapkan kerja rumah atau membuat perbincangan kumpulan. PSS yang nyaman sudah beroperasi sepenuhnya. Lanskap yang menyejukkan mata cuba dimeriahkan agar anak-anak pelajar berasa tenang, malah kami sedang merangka untuk mengadakan bilik mandi agar pelajar yang “stay back” berasa segar walaupun berada di sekolah hingga lewat petang. Di samping itu, bilik kaunseling akan didinginkan agar proses bimbingan dan aktiviti PRS boleh berlangsung dengan aman. Kelas tution pada waktu malam pula akan dianjurkan dengan kerjasama PIBG selepas hari raya nanti. Tidak lupa, projek utama kita iaitu pembinaan Arena Al~Bukhary telah menghampiri dana yang diperlukan. Kita masih menunggu sumbangan pelbagai pihak untuk merealisasikan pembinaannya yang dijangka dalam bulan puasa ini. Sehubungan itu, madam menyeru semua warga Al~Bukhary agar sentiasa bersedia untuk meyumbang walaupun wang syiling satu sen. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Seduit-seduit lama-lama jadi seribu ringgit.
I really hope that we will achieve our dream of making Al~Bukhary our second home...a place to learn, work and play.
As for our occasion today, come 16th of May every year I hope we will remember our happy times in Al~Bukhary years and years after. All my prayers for your future undertakings, may ALLAH bless us always, take care and I LOVE YOU ALL.
To all my collegue, HAPPY TEACHERS’ DAY.
Thank you.
Wabillahitaufik wal hidayah,
Assalamualaikum wm.wb.
Bicara hati seorang Ibu Guru....cetusan ilham diari hati ibu,...semuanya untuk anak-anak didik tersayang. |
14 May, 2011
Larian Bendang,...Al-Bukhary mendapat Pengiktirafan Sultan.
Larian Bendang adalah acara tahunan sempena Hari Penyayang yang dianjurkan oleh Pihak Yayasan Sultanah Bahiyah. Acara ini telah berjaya dilangsungkan pada hari Sabtu lepas bersamaan 7 hb Mei 2011. SMKSMAB juga menyumbang peranan istimewa dalam larian ini. Istimewanya adalah kerana berjaya mendapat pengiktirafan Sultan Kedah sebagai sekolah yang ke 2 menghantar peserta paling ramai.
Sultan Kedah, Duli Yang Maha Mulia Tunku Abdul Halim Muadzam Shah berkenan untuk menyampaikan piala dan sijil kepada wakil Al-Bukhary iaitu Ustaz Zaki. |
Berkongsi kebanggaan...Kelihatan cikgu Ashraf dan Abang Wan bersama Ustaz Zaki dan peserta larian bendang. |
AL~BUKHARY .... keluarga kerja yang mantap dan prihatin!
Dalam kesibukan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun (PPT), pihak pengurusan SMKSMAB sempat juga mencuri ruang untuk menyampaikan sumbangan zakat kepada pelajar-pelajar yang memerlukan. Mereka dikenalpasti oleh guru kelas masing-masing. Peruntukan sebanyak RM5,000.00 diagihkan dalam bentuk pakaian rasmi/koporat sekolah: track-bottom, t-shirt PJ, t-shirt Kokurikulum, vest dan tali leher. Diharapkan pelajar-pelajar Al~Bukhary yang kurang berkemampuan dapat tampil segak dan kemas seperti rakan-rakan yang lain.
Sepanjang minggu ini juga unit HEM menyampaikan sumbangan KWAPM kepada pelajar-pelajar yang dilanda banjir 2010. Strategi pihak pengurusan mengagihkan sumbangan mengikut tingkatan amat membantu melicinkan penyerahan. Untuk memudahkan lagi urusan, pihak sekolah meyediakan "sistem kaunter bayaran setempat" di mana para waris dan pelajar boleh terus menyelesaikan urusan-urusan lain bersama guru kelas masing-masing. Tahniah dan terima kasih atas kerjasama semua warga Al~Bukhary: staf sokongan yang mengira wang dengan tepat, penyelaras yang membuat pendaftaran yang lancar, guru-guru kelas yang mengendalikan kaunter dengan sistematik, para waris yang tenang dan sabar dan para pelajar yang berdisiplin.
Di celah-celah itu juga, unit kurikulum berjaya menganjurkan satu lagi LDP berbentuk "micro-teaching". Hasrat saya sebagai pengurus kurikulum ialah agar para guru sentiasa dibajai dengan pelbagai strategi dan pendekatan alternatif dalam P&P. Saya juga telah bersedia untuk menyampaikan motivasi XPLUS sebagai pembuka tirai, tetapi atas nasihat doktor saya diminta pulang berehat. Terima kasih sekali lagi kepada staf yang menghantar saya ke hospital dan pulang ke rumah.
Hari ini saya masih "mc" namun minda saya ligat membayangkan penganjuran Kejohanan Balapan dan Padang yang akan dilaksanakan bulan depan di Stadium Darulaman..satu venue yang mengujakan. saya yakin kita boleh laksanakan dengan baik.
Saya amat bersyukur mempunyai keluarga kerja yang mantap dan prihatin!

09 May, 2011
Contohi mereka....Idola sebenar seorang pelajar.
Musim peperiksaan sedang melanda bumi SMKSMAB sekarang. Semua pelajar sedang menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun. Admin terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman pelajar-pelajar cemerlang yang sedia kita maklum. Antara insan istimewa yang boleh pelajar SMKSMAB jadikan idola atau ikutan ialah Nur Madihah (pelajar cemerlang SPM 2008) dan Azali Azlan (pelajar cemerlang SPM 2007) peringkat negara. Dua insan yang berbeza,...namun mempunyai hala tuju yang sama,..fokus terhadap pelajaran.
Azali telah meraih 20 1A dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Pendidikan Islam, Fizik, Kimia, Biologi, Geografi, Matematik Tambahan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Bahasa Arab Tinggi, Kesusasteraan Melayu, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Tasawwur Islam serta Pendidikan Seni Visual. Di samping itu Azali mendapat 2A dalam mata pelajaran English for Science and Technology (EST).
Azali yang juga merupakan Tokoh Nilam Kebangsaan 2007 adalah satu-satunya calon yang mengambil 21 subjek dalam peperiksaan SPM 2007. Sebelum ini beliau mendapat keputusan lima A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan sembilan A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Azali Azlan percaya kesabaran dan ketekunan belajar menjadi kunci kepada kejayaannya memperoleh keputusan 20 1A dan satu 2A dalam peperiksaan itu. Menurut anak kelahiran Butterworth itu, sikap tersebut terbukti berjaya membina kekuatan dalaman dalam dirinya bagi menghadapi sebarang cabaran yang mendatang. Beliau tidak pernah mengikuti tuisyen khusus, sebaliknya hanya menyertai tuisyen di sekolah untuk mata pelajaran Kimia dan Prinsip Perakaunan. Beliau juga belajar sendiri sembilan subjek yang tidak diajar di sekolah.

Sedikit berbeza dengan Azali, pelajar SPM terbaik 2008 iaitu Nik Nur Madihah mempunyai rentetan pilu sebelum berjaya meraih kejayaan. Pelajar miskin ini tidak pernah mengalah dengan nasib keluarganya malahan semakin bersemangat untuk merubah keadaan. Baginya, hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2008). Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2. Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.
“Kadang-kadang saya menitiskan air mata sebab kakak (panggilan keluarga kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, terpaksa berpuasa sebab tidak ada wang untuk beli makanan.“Tetapi alhamdulillah, kakak memahami keadaan keluarga. Malah kakak menjadikan ibadah itu sebagai rutin pada setiap hari Khamis dan Isnin sejak berumur 12 tahun.” Demikian luahan ibu kepada pelajar Nik Nur Madihah, Mariani Omar, 42, ketika ditanya mengenai kesusahan dia dan suami, Nik Mohd. Kamal Hussein, 41, membentuk seorang insan contoh. Katanya, biar susah bagaimana sekali pun, anak sulung daripada empat beradik itu tidak pernah merungut. Malah Nik Nur Madihah, menurutnya, melalui semua kepayahan itu dengan tabah dan menerimanya sebagai cabaran untuk berusaha dengan lebih keras.
Dua insan istimewa yang berbeza cerita tetapi berkongsi kejayaan yang sama. Azali mungkin lebih bernasib baik daripada Nur Madihah yang terpaksa berperang dengan wang ringgit., namun mereka berdua adalah idola yang sewajarnya menjadi pendorong kepada semua pelajar SMKSMAB. Semoga coretan kali ini memberi sedikit keinsafan untuk lebih fokus terhadap pelajaran. Selamat menghadapi peperiksaan buat semua pelajar..ingatlah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Subscribe to:
Posts (Atom)