16 March, 2011

Cerita tentang kuda.....(versi Mr Teoh Chia Chai)


Al-kisah cerita ini berlaku di sebuah kampung. Pak Ali memelihara 4 ekor kuda jantan. Kuda ini dinamakan dengan Kuda A, Kuda B, Kuda C dan Kuda D. Pak Ali melatih kuda-kuda ini bagi membantunya  dalam aktiviti seharian. Setelah  puas melatih dengan pelbagai tugas rutin, Pak Ali mula membuat penilaian.





Mula-mula beliau menguji Kuda A, dengan berpakaian untuk ke pasar, beliau membawa bersamanya bakul sayuran dan dihampirinya Kuda A. Kuda A faham lalu dibawanya Pak Ali ke pasar. Sebelah petangnya Pak Ali berpakaian lusuh untuk ke ladang, sekali lagi tanpa sebarang masalah Kuda A berlari dengan kencang ke ladang milik Pak Ali. Pak Ali puas hati dan memuji Kuda A. Pendduk kampung itu juga memuji Kuda A. Mereka menggelarnya Kuda Ajaib.
Hari ke 2, Pak Ali menghampiri Kuda B. Pak Ali ingin ke pasar. Beliau membawa bakul sayuran bersamanya. Kuda B melihat Pak Ali namun tidak memperdulikan tuannya itu. Pak Ali mendekati Kuda B lalu menggosok-gosok belakangnya, barulah Kuda B tunduk serta membenarkan Pak Ali menunggangnya. Pak Ali sampai ke pasar dengan selamat tetapi agak terlewat, walaupun begitu pak Ali bersyukur dan memanggil kuda B dengan panggilan Kuda baik.
Keesokan harinya, Pak Ali  berniat menguji Kuda C pula, beliau berpakaian lengkap untuk ke pejabat pos.  Pak Ali mendekati Kuda C namun Kuda C langsung tidak memperdulikan tuannya malah cuba melarikan diri.  Pak Ali terpaksa memujuk dengan mengambil masa yang agak lama. Kuda C masih juga bersikap acuh tak acuh. Melihat pak Ali hilang sabar dan memegang rotan untuk memukulnya, barulah dia membawa Pak Ali ke pejabat pos dengan perlahan-lahan. Pak Ali tiba lewat ke pejabat pos pada hari itu. Melihat sikap Kuda C yang malas itu, mereka menganggapnya ia adalah kuda biasa yang tiada sebarang keistimewaan. Hanya membuat sesuatu apabila dipaksa sahaja.
Kini tibalah giliran Pak Ali menguji Kuda D. Dihampirinya kuda ini dengan pakain untuk ke ladang, namun Kuda D merengus-rengus. Pak Ali memujuk dengan mengosok belakangnya dan meminta kuda itu membawanya ke ladang, Kuda D tiba-tiba mengangkat kaki hadapannya dan menjerit seolah-olah tidak mahu mendengar perintah Pak Ali. Pak Ali mengambil sebilah rotan lalu melibas belakang Kuda D. Kuda D masih berdegil. Pak Ali merotan lagi berkali-kali namun usahanya tidak berhasil, Kuda D tetap berdegil. Pak Ali menggosok lagi belakang kuda itu namun beliau hanya membuang masa. Beberapa penduduk kampung yang melihat sikap kuda itu memanggilnya dengan gelaran kuda teruk.  Pak Ali menganggap kuda itu tidak memberi manfaat lalu menjualnya.
Begitulah perumpamaan yang dapat diperihalkan kepada 4 jenis sikap manusia, terlalu sedikit kuda ajaib yang ada, mungkin kita  selalu  jumpa  kuda baik, namun yang paling banyak adalah kuda biasa serta kuda yang teruk.. Mahukah kita digolongkan dalam kategori kuda biasa dan kuda teruk,.tepuk dada tayalah hati,.jika tidak terdaya menjadi kuda ajaib,..sekurang-kurangnya jadilah kuda yang baik yang positif melakukan kebaikan.
Dalam konteks kehidupan seorang pelajar pula, kuda ajaib merujuk kepada sikap pelajar yang mempunyai kendiri yang positif, tahu apa yang perlu dilakukan tanpa perlu disuruh-suruh. Hindarilah bersikap seperti kuda teruk yang jika diberi arahan dan nasihat namun tidak mahu menurutnya malah dilawannya dengan penuh sombong. Semoga cerita kuda ini memberi iktibar buat kita semua khususnya pelajar sekelian.
****cerita ini disampaikan oleh Mr Teoh Chia Chai, seorang guru yang komited di SMKSMAB semasa perhimpunan rasmi sekolah. Terima kasih Mr Teoh. Motivasi yang santai namun bermisi******

12 March, 2011

DATO KPPM: TAHNIAH PASUKAN TAMBOR AL~BUKHARY.....

Sabtu 12 Mac 2011: SMKSMAB telah diberi tanggungjawab untuk menyambut ketibaan Yang Hormat Dato Ghafar..., ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Ketibaan beliau telah disambut dengan lagu patriotik oleh pasukan Tambur Al~Bukhary serta diarak dengan iringan putera-puteri Al~Bukhary. Sebaik memulakan ucapannya, beliau lantas mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada SMK SYED MOHAMED ALBUKHARY..satu kejutan buat madam..bangga dan kagum dengan komitmen semua guru dan pelajar yang terlibat.
Madam bersama Abang Wan dan barisan Tamborian semasa menjalani latihan di SMK Tunku Anum.
Inilah wajah2 gigih putera Bukhary yang bersemangat kental dan sentiasa bersedia menjalani latihan intensif, terima kasih kepada semua. Semoga pasukan Tambor Bukhary terus maju. Tahniah.

11 March, 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARA SMKSMAB DENGAN ASTECH


Pada hari Rabu  bersamaan 09/03/2011 yang lalu, satu perlawanan persahabatan bola tampar antara SMKSMAB dengan ASTECH telah diadakan di gelanggang PIBG SMKSMAB. Pasukan Bola Tampar Perempuan SMKSMAB telah berjaya memenangi perlawanan tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka di atas kemenangan tersebut.Teruskan latihan untuk perlawanan sebenar pada 27 Mac 2011 ini. 
GO!GO!GO! FIGHT!FIGHT!FIGHT! WIN!WIN!WIN!

05 March, 2011

AMONIA 2,....yang ditunggu-tunggu kini sudah berlalu.

Milik siapakah semua hadiah ini?
Antara hadiah untuk cabutan bertuah program AMONIA 2
Salam semua Bukharian, tentu semua teruja bila melihat hadiah- hadiah menarik ini kan? Dalam hati masing-masing berharap agar salah satunya dapat dimiliki nanti,...opppp sabar dulu, kalau ada rezeki  insyaallah dapatlah nanti...banyakkan berdoa ye...tapi dah beli kupon ke?...Sesiapa yang tidak membeli kupon, janganlah berangan-angan pulak nooo..... mungkin inilah persoalan yang berlegar difikiran semua dua tiga hari lepas.
Pada hari ini, Sabtu 5 Mac 2011, berlangsunglah Amonia 2 yang selama ini menjadi perbualan semua Bukharian.  Hari ini menyaksikan pelbagai acara penting berlaku di SMKSMAB. Selain AMONIA 2, hari ini juga penentuan bagi kejuaraan futsal peringkat sekolah. Mesyurat Agung PIBG juga turut dilangsungkan serentak. Para guru dan pelajar masing-masing mempunyai tugas tersendiri.
Semua persoalan kini sudah terungkai....semua telah menyaksikan dan mengalami sendiri kemeriahan program tahunan ini. Bermula dengan senamrobik, acara hari ini disemarakkan dengan jualan dari gerai-gerai yang dikendalikan sendiri oleh para pelajar, guru dan pihak PIBG. Tidak ketinggalan agensi dari luar yang banyak memberi tajaan berupa hadiah dan hamper untuk dijadikan cabutan bertuah.

Gerai Kek dan Roti dikendalikan oleh cikgu Suziana.

Gerai bihun sup dengan tukang masaknya Chef Azizan...
Gerai yang menawarkan barangan keperluan harian (beras, sos, kicap dll) di bawah seliaan cikgu Razif.

Gerai burger yang mendapat sambutan hangat..

Sesungguhnya niat yang baik akan diberkati oleh Allah. Alhamdulillah hasil penat lelah semua pihak yang menjayakan AMONIA 2 ini,  dana yang dikutip adalah seperti berikut:

Kutipan dari guru dan pelajar berjumlah                  RM 18,877.00
Tajaan Agensi luar berjumlah                                    RM 9360.00
Jumlah pendatan kasar                                               RM 28,237.00
Modal untuk gerai dan makanan pelajar                  RM 10.996.00
Pendapatan bersih Amonia 2                                     RM 17,241.00

Perbelanjaan untuk membina Arena Al-Bukhary dijangka mencecah RM30,000.00. Ini bermakna semua warga sekolah harus berusaha menambah kutipan bagi membolehkan arena  yang menempatkan pelbagai  gelanggang permainan dapat dilaksanakan. Justeru Madam Dewi Rosnah memaklumkan bahawa dalam Mesyuarat Agung PIBG baru-baru ini, persetujuan telahpun dibuat anatara sekolah dan pihak waris bagi mendapatkan sumbangan wajib bagi setiap pelajar. Bagi pelajar baru bayaran wajib yang dikenakan ialah RM50.00 dan RM30.00 bagi pelajar sedia ada di SMKSMAB.  Bayaran ini hanya dikenakan sekali sepanjang persekolahan setiap pelajar di SMKSMAB. Melalui kutipan seperti ini, pihak sekolah dapat melaksanakan pelbagai program yang melibatkan pembangunan fizikal sekolah. Semoga semuanya berjalan lancar. Insyaallah.





04 March, 2011

AL~BUKHARY SEGAK BERGAYA...


Khamis 3 Mac 2011: Stadium Darulaman bergemuruh apabila kontinjen olahraga SMKSMAB melintasi "grand stand". Berbekalkan semangat Naib Juara 2010, kontinjen yang terdiri daripada 32 pelajar berjaya memikat penonton dan para juri. Berpakaian T-shirt edisi terkini yang menyerlahkan warna koporat Al~Bukhary iaitu hijau pucuk pisang, semua anggota kelihatan kemas tambahan dengan seluar panjang putih line kuning, topi dan bengkung sedondon. Tambah meriah apabila sepanduk 1Malaysia, 1 Bukhary, 1 Vision dan 1 Legacy di arak masuk. Payung yang memaparkan huruf A/L/~/B/U/K/H/A/R/Y yang diputar separa ligat turut menerima sorakan gemuruh. PK KK, Puan Fauziah seperti biasa dengan senyum meleretnya tampil menerima trofi Naib Juara kali kedua manakala Madam pulang dengan rasa bangga dan lega kerana idea kreatifnya menjadi sekali lagi. Terima kasih kepada semua penyokong Al~Bukhary. Syabas cikgu Ezat, Sofa, Ong dll. Tahniah juga kepada cikgu Sobri, Syahnur, Wan, Asyraf, Tokwan Azmi dan semua yang sanggup melayani bakat dan karenah anak-anak kita.
GO!GO!GO!
FIGHT!FIGHT!FIGHT!
WIN!WIN!WIN!
BUKHARY!!!

Tahniah pada semua  kontinjen MSSD SMKSMAB, Semoga kejayaan yang diraih akan menyemarakkan semangat di masa akan datang.
Inilah barisan putera dan puteri SMKSMAB yang mewakili kontinjen sekolah dalam perjuangan merebut pingat dalam MSSD. Acara penyerahan bendera kejohanan telah disempurnakan pada hari Selasa 1 Mac 2011.

MSSD telah bermula dari Khamis, 3 Mac sehingga Ahad, 6 Mac 2011. Ketua Kontinjen SMKSMAB yang juga PK Kokurikulum kelihatan menyerahkan bendera kejohanan kepada Tuan Pengetua SMKSMAB, Puan Hajah Dewi Rosnah binti Radin Suhadi sebagai tanda bermulanya perjuangan atlet-atlet dalam kejohanan tersebut. Semoga SMKSMAB lebih berjaya dari tahun sebelumnya. Insyaallah.
Related Posts with Thumbnails