HARI ISNIN BERSAMAAN 4 JANUARI 2016, Perhimpunan mingguan pertama SMKSMAB bagi sesi persekolahan 2016 berjaya dilangsungkan di Dewan Iltizam bermula jam 7.20 pagi.Semua guru dan pelajar berkumpul untuk mendengar pelbagai info semasa sekolah.
Semua warga sekolah menghadiri perhimpunan rasmi sekolah.
Barisan guru yang menghadiri sesi perhimpunan rasmi sekolah.
Perhimpunan mingguan SMKSMAB biasanya diadakan pada hari Isnin setiap minggu. Dalam sesi pertemuan ini semua warga sekolah mendapat info terkini dengan satu tujuan iaitu melancarka urusan persekolahan. Semoga SMKSMAB terus bersinar di tahun 2016 ini. InshaaAllah.
Barisan Pentadbir bersama Gimik Program Ihya ramadhan 2015
AJK Program Ihya Ramadhan 2015 bersama Tuan Pengetua
Salah satu aktiviti Program Ihya Ramadhan 2015 - Bertadarus Al Quran
Penceramah jemputan yang diundang khas bagi menceritakan kemuliaan Bulan Ramadhan kepada warga sekolah
Pelbagai aturcara dan program telah disusun bagi memastikan bulan Ramadhan 1436 hijrah dihidupkan oleh semua warga sekolah. Semua pihak terlibat dalam menjayakan program yang diusahakan oleh Panitia Pendidikan Islam SMKSMAB.
Majlis Anugerah Cemerlang 2015 telah diadakan di dewan sekolah Syed Mohamed Al-Bukhary iaitu Dewan Iltizam, Dewan sekolah yang kelihatan kaku kini semakin ceria dengan beberapa pembaikan, antaranya dicat dan dihiaskan dengan lukisan mural.
Pelajar dan guru-guru berkerjasama untuk menjayakan hari istimewa ini..gambar di atas menunjukkan kumpulan nasyid sekolah yang berjaya mendapat tempat ke 3 pertandingan nasyid peringkat negeri berlatih untuk persembahan pada hari tersebut.
Para pelajar yang akan menerima hadiah pula diberi taklimat oleh guru-guru bagi melicinkan perjalanan penyampaian anugerah nanti.
Taklimat terakhir diadakan sehari sebelum majlis berlangsung bertujuan memberi informasi terkini kepada semua yang terlibat bagi menjayakan hari yang gilang gemilang itu.
Belakang tabir ...ustaz Khairul sedang menyediakan tulisan khat sebagai satu elemen tambahan untuk hiasan pentas anugerah cemerlang kali ini yang bertemakan "hiasan islamik".
Akhirnya dengan berkat kerjasama semua warga sekolah, hari Anugerah Cemerlang SMK Syed Mohamed Al-Bukhary berjaya dilangsungkan dalam suasana seperti yang diingini...lancar dan meriah..
............tunggu update untuk hari tersebut, in sya Allah.
Program bijak Al-Quran ini adalah salah satu usaha daripada Panitia Pendidikan Islam, untuk melahirkan para pelajar daripada tidak boleh dan tidak lancar membaca al-quran itu kepada boleh menguasai bacaan al-quran dengan baik dan lancar serta menyediakan satu program yang berteraskan Al-Quran sebelum cuti dan sepanjang cuti sekolah. Ianya bermula pada 16/11/14(Ahad) - 17/11/14(Isnin) iaitu sebelum cuti sekolah dan 24/11/14 - 24/12/14 (Sepanjang cuti sekolah setiap hari Isnin dan Selasa). Seramai lebih kurang 46 orang pelajar tingkatan satu terlibat di dalam program ini.Dua orang tenaga pengajar dari Darul Quran dijemput untuk mengajar pelajar-pelajar tersebut iaitu Ustaz Mohammad Naim bin Dali dan Ustaz Fadhil Anwar bin Sani . Dengan harapan pelajar-pelajar ini dapat membaca Al-Quran dalam tempoh yang ingin dicapai. Marilah kita renungi sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat kelak memberikan syafaat kepada pembacanya" (Riwayat Muslim)
Pelajar-pelajar diadakan ujian kelancaran (hari persekolahan)
Ujian kelancaran diadakan untuk memudahkan pembahagian kelas.
Pelajr-pelajar juga disoal tentang rukun iman dan rukun solat..
Pelajar-pelajar memberi perhatian atas penerangan Ustaz
Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan program mengacau bubur a'syura pada 13/11/2014 hari khamis yang bermula jam 8.30 pagi sehingga 1.00 tengah hari bertempat di dataran "Pendidikan Khas". Tujuan program ini adalah untuk merapatkan ukhwah di antara guru-guru dan pelajar-pelajar termasuklah Pendidikan Khas. Bersesuaian dengan tema Ma'al Hijrah pada tahun ini iaitu "Perpaduan Nadi Transformasi Negara"..
Tuan Pengetua SMKSMAB En. Shahrir bin Abu Bakar bersama PK HEM Pn. Jaliah bt Juewani serta Cikgu Shahidan turut serta di dalam program mengacau bubur a'syura.
PK KoKurikulum En. Che Aziz turut memberi sokongan .
YDP En. Zainur bin Annuar juga tidak ketinggalan dalam mengacau bubur a'syura bersama-sama para pelajar.
Guru Kanan Kemanusiaan Pn, Munah Mohammad Julie bersama guru- guru mengacau bubur a'syura
Berganding bahu guru dan pelajar dalam program ini...
Guru dan pelajar bersama-sama menyediakan bahan untuk dimasukkan ke dalam bubur a'syura.
Pelajar-pelajar turut memberi komitmen yang baik dalam program ini.
Ceria kelihatan....PK Pendidikan Khas En. Mohd Nidzar bin Sulaiman bersama-sama guru-guru dan pelajar -pelajar .. turut serta mengacau bubur a'syura.
Guru dan pelajar menyediakan bahan-bahan bubur a'syura
Tolong - menolong membawa berkat..
Alhamdulillah ....apa yang penting..kerjasama..
sedapnya bubur a'syura ni....
Bubur-bubur yang telah dimasak
Sementara bubur a'syura masak pada masa yang sama telah ada satu sessi ceramah Ma'al Hijrah untuk para pelajar di surau.
SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah menyertai Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 iaitu merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk Video, Portal Internet ataupun Aplikasi Mudah Alih. Tema bagi pertandingan ini adalah “Jalur Lebar Untuk Pendidikan” dan mestilah berbahasa Malaysia.
Tarikh Penyertaan : Bermula 28 Mei 2014 hingga 15 Ogos 2014
Maklumat Peraduan
Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 adalah anjuran bersama oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Telekom Malaysia dan Media Prima Digital.
Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 terbuka kepada para pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia.
Pelajar yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia.
Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada empat (4) orang pelajar.
Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
Pada awal bulan Oktober pemilihan pemenang bagi pertandingan ini telah dijalankan, SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah berjaya dipilih diantara 10 video terbaik bagi negeri Kedah. SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah dijemput untuk menghadiri majlis penyampaian hadian bagi zon utara yang diadakan yang di Hotel Sunway, Seberang Jaya pada 16 Oktober 2014 yang lalu.
Dalam Majlis yang penuh debaran itu telah mengumumkan bahawa SMK Syed Mohd Al-Bukhary telah berjaya menjadi Johan bagi negeri Kedah seterusnya mewakili negeri Kedah ke peringkat kebangsaan.
Senarai nama pelajar SMK Syed Mohamed Al-Bukhary yang berjaya menjadi Johan peringkat negeri Kedah bagi Pertandingan liga Remaja Kreatif 2014 ini ialah:
Mohammad Akmal Bin Abd Aziz – Tingkatan 5 Ibnu Yasmin
Mohd Amirul Aiman Bin Mohamad Zohir – Tingkatan 5 Ibnu Yasmin
Ashabila Ezzwin Bt Abd Rahim– Tingkatan 5 Ibnu Yasmin
Muhd Faiz B. Salihan – Tingkatan 5 Ibnu Yasmin
Gambar para pemenang bersama guru pembimbing
Hadiah tempat pertama yang dimenangi adalah berupa cek
bernilai RM5,000.00 berserta 4 x kamera digital & sijil penyertaan.
Semoga SMK Syed Mohamed Al-Bukhary akan menempa kejayaan
diperingkat Kebangsaan pula yang kemungkinan keputusannya akan diumumkan pada
awal bulan Disember 2014.
Pada hari Khamis, 14 Ogos lalu, bertempat di Dewan Iltizam Panitia Grafik Berkomputer SMKSMAB telah mengadakan Pameran Grafik Berkomputer tahun 2014. Pameran Grafik Berkomputer ini merupakan modul terakhir daripada 8 modul yang perlu dilengkapkan oleh pelajar-pelajar yang mengambil kursus MPV grafik berkomputer untuk melayakkan mereka menduduki peperiksaan SPM.
Pada jam 8.55, ketibaan tetamu kehormat yang dijemput untuk merasmikan majlis tersebut iaitu En. Zulkafly Bin Othman, PPD Kota Setar, Kedah. Turut hadir dalam majlis tersebut Tn. Hj. Zainal Annuar Bin Mohd Zain YDP PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary, pihak pentadbir sekolah, guru besar sekitar kompleks pendidikan, guru-guru dari SMK Mergong, wakil pelajar dari SK Hj. Mohd Shariff, SKJ (T) Barathi, guru-guru dan para waris bagi pelajar 5 MPV, serta para pelajar tingkatan 5 MPV dan 4 MPV.
Ketibaan En Zulkafly bin Othman - PPD Kota Setar
Ketibaan Tuan PPD Kota Setar disambut dengan alunan muzik dari pasukan Tambor SMKSMAB
Tepat jam 9.00 pagi, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar 5 MPV iaitu saudara Muhamad Nukman Bin Hasbullah
Antara tetamu yang hadir pada Majlis Pameran Grafik Berkomputer 2014
Wakil pelajar 5 MPV iaitu saudara Wafiy bin Ahmad Fatahi memberikan ucapan
Ucapan dari Pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary – En. Shahrir bin Abu Bakar
Tuan PPD Kota Setar En Zulkafly bin Othman memberi amanat berguna seterusnya melafazkan ucapan perasmian majlis pameran kali ini
Tuan PPD Kota Setar memotong riben sebagai gimik perasmian Pameran Grafik Berkomputer 2014
Tayangan Montaj Pameran Grafik Berkomputer 2014
Pengetua SMKSMAB memberikan cenderahati kepada PPD Kota Setar
PPD Kota Setar memotong riben sebagai simbolik untuk memasuki ruang kiosk pameran
Lawatan ke kiosk pelajar
Antara produk dan barang jualan Pameran Grafik Berkomputer 2014
Persembahan Nyanyian dan Puisi oleh Pelajar SMKSMAB
Antara gelagat pelajar ketika Pameran Grafik Berkomputer 2014
Para pelajar 5 MPV bergambar bersama guru-guru Grafik Berkomputer
Para pelajar 4 MPV bergambar bersama guru-guru Grafik Berkomputer
Panitia Grafik Berkomputer ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah serta jutaan terima kasih kepada para pelajar mata pelajaran grafik berkomputer khususnya pelajar-pelajar tingkatan 5 MPV kerana berjaya menganjurkan pameran grafik berkomputer bagi tahun 2014, tidak ketinggalan juga kepada guru-guru dan warga SMK Syed Mohamed Al-Bukhary yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.